Menu Search

Cerito Yong Dolah - Imam Baru

[edit post]
Cerito: "Imam Baru"

Ado seorang pemuda yang
bermusafir. Pada suatu hari
beliau tibo disebuah kampung
pada ketiko samar-samar senjo.
Ketika itu waktu Maghrib hampir
tibo. Beliau mengambil
keputusan untuk singgah si
surau dikampung tersebut untuk
menunaikan solat Maghrib.
di surau terdapat beberapo
jemaah sedang menunggu untuk
menunaikan solat.

Si pemuda ini
pun terus menukar pakaian dan
mengambil wuduk dan
seterusnyo menyertai para
jemaah untuk solat. Setelah
beberapo ketiko sipemuda ini
pun berkato

"Bukankah dah
masuk waktu ni?... kenapo kito
masih belum solat?"

"Kito
sedang menunggu Imam" sahut
salah seorang jemaah. Setelah
beberapa minit menunggu dan si
Imam tidak juga muncul, ketiko
ini sipemuda pun berkata "waktu
dah nak habis, eloklah kito solat
dulu". Para jemaah bersetuju
dan bersepakat untuk memilih
sipemuda itu menjadi imam.
Sebenarnyo itulah kali pertamo
pemuda itu mengimamkan
sesuatu solat, namun dek kerana
segan, dio tidak beritahu jemaah
lain. Beliau pun terus mengambil
tempat imam dan memulokan
solat. "Allah Hu Akbar", beliau
memulokan takbiratulikhram dan
diikuti oleh para makmum.
Selepas itu beliau terus
membaco doa iftitah.

Kemudian,
dengan suaro nyaring
terus
membaco,"Bismillahhirahmanirahim.
Waddhuha. Wallai...". Tibo-tibo
kedengaran makmum
dibelakang
menyahut'"Subhanallah!". Beliau
terus berhenti membaco dan
berkat dalam hati," Mungkin
bacaan aku tidak betul."

Kemudian beliau berdehem
sambil membetulkan anak tekak
dan memulokan sekali
lagi,"Bismillahirahmanirahim.
Waaadhuuhaa. Wallai...." Sekali
lagi kedengaran makmum
menyahut "Subhanallah."

Beliau
terus berhenti membaco dan
berkato dalam hati lagi."Apo lagi
yang salah? Mungkin aku perlu
nipiskan lagi sebutan agaknyo.
Prihatin betul jemaah disini."

Beliau kemudian memulakan
sekali lagi dengan
membaco, "Bismillahirahmanirahim.
Waaaaadddhuuuuhaaaa.
Wallai..."

"Subhanallah!", sekali
lagi makmum menyahut.
Olah kerano tidak berpuas hati,

sipemuda terus berpusing dan
mengadap makmum dan
berkato,"Kenapo?! Apo salahnyo.
Apo lagi yang tak betolnyo?.

Makmum pulak serentak
menjawab,"ALFATIHAH nyo MANO pak IMAM?"

Hehehheheehehheeheh
Maklomlah imam baru, dio grogi... Sampai alfatihah pon telewat...
Selamat Menjalankan Sholat Subuh buat Sobat Yong Dolah....

Send by : Yuli Pandi on May 30th, 2012